RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)
RPA 6 : CUBA RASA APA DALAM BEG KERTAS
UMUR 2 TAHUN
Kanak-Kanak usia 2 tahun kebiasaannya sudah boleh merasa menggunakan jarinya
Bidang Pembelajaran Fokus
Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
OBJEKTIF
- Kanak-kanak boleh menggunakan deria sentuh, lihat dan dengar
- Kanak-kanak boleh menamakan objek di dalam beg.
- Kanak-kanak boleh mengasingkan objek yang sama .
LANGKAH PERLAKSANAAN
- Pengasuh membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti .
- Pengasuh bermesra dan berbual dengan kanak-kanak.
- Pengasuh tunjukkan beg kertas yang berisi enam objek kepada kanak-kanak.
- Pengasuh Tanya pada kanak-kanak “ Siapa tahu, apa ada dalam beg ini”
- Pengasuh menggoncangkan beg kertas tersebut dan minta kanak-kanak dengar.
- Pengasuh Tanya lagi soalan “ Siapa tahu, ada apa dalam beg ini?”
- Pengasuh minta kanak-kanak masukkan tangan dalam beg dan rasa objek dalam beg.
- Beri peluang kepada kanak-kanak meneroka objek yang dirasa dalam beg kertas tersebut.
- Pengasuh minta kanak-kanak teka objek yang dirasa.
- Pengasuh minta kanak-kanak keluarkan objek dari beg satu persatu.
- Pengasuh minta kanak-kanak lihat dan amati objek yang ada di tangannya dan Tanya “ Apa ini”
- Pengasuh galakkan kanak-kanak sebut objek dan namakan yang dikeluarkan
- Pengasuh minta kanak-kanak letak dan asingkan objek yang sama dalam bekas atau kotak kecil yang berlainan.
- Pengasuh beri pujian kepada kanak-kanak apabila aktiviti ini selesai.
- Pengasuh mainkan lagu seperti video dibawah dan minta kanak-kanak turut menyanyi.