header

RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

RPA 6 : CUBA RASA APA DALAM BEG KERTAS

UMUR 2 TAHUN

Kanak-Kanak usia 2 tahun kebiasaannya sudah boleh merasa menggunakan jarinya

Bidang Pembelajaran Fokus

Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

OBJEKTIF

  1. Kanak-kanak boleh menggunakan deria sentuh, lihat dan dengar 
  2. Kanak-kanak boleh menamakan objek di dalam beg.
  3. Kanak-kanak boleh mengasingkan objek yang sama .

LANGKAH PERLAKSANAAN

  1. Pengasuh membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti .
  2. Pengasuh bermesra dan berbual dengan kanak-kanak.
  3. Pengasuh tunjukkan beg kertas yang berisi enam objek kepada kanak-kanak.
  4. Pengasuh Tanya pada kanak-kanak “ Siapa tahu, apa ada dalam beg ini
  5. Pengasuh menggoncangkan beg kertas tersebut dan minta kanak-kanak dengar.
  6. Pengasuh Tanya lagi soalan “ Siapa tahu, ada apa dalam beg ini?”
  7. Pengasuh minta kanak-kanak masukkan tangan dalam beg dan rasa objek dalam beg.
  8. Beri peluang kepada kanak-kanak meneroka objek yang dirasa dalam beg kertas tersebut.
  9. Pengasuh minta kanak-kanak teka objek yang dirasa.
  10. Pengasuh minta kanak-kanak keluarkan objek dari beg satu  persatu.
  11. Pengasuh minta kanak-kanak lihat dan amati  objek yang ada di tangannya dan Tanya “ Apa ini”
  12. Pengasuh galakkan kanak-kanak sebut objek dan namakan  yang dikeluarkan
  13. Pengasuh minta kanak-kanak letak dan asingkan objek yang sama dalam bekas atau kotak kecil yang berlainan.
  14. Pengasuh beri pujian kepada kanak-kanak apabila aktiviti ini selesai.
  15. Pengasuh mainkan lagu seperti video dibawah dan minta kanak-kanak turut menyanyi.

ULASAN DAN LAPORAN

Ulasan Guru

Laporan Kepada Pengetua

Laporan Kepada Ibu Bapa